Sunday, May 31, 2009

Mari Berfoto.....

Dah seminggu lebih aku tak update blog ni....tak de benda nak di ceritakan lately..aku sibuk ngan persiapan majlis perkahwinan sepupu aku 6 Jun nanti di Pengkalan ipoh....aku ditugaskan untuk membeli, menyediakan dan menguruskan hal-hal hantaran...nak kata biasa tak la jugak..ikut kemampuan dan kreativiti aku...setakat ni alhamdulillah semua berjalan lancar..semalam terasa rajin plak nak ambik gambar bunga-bunga kat 'taman' mak aku ni...hanya menggunakan kamera hp SAMSUNG kesayangan aku ni....banyak gak mak aku tanam bungan n pokok2 hijau...aku ambik sebahagian je...hehehe


bunga ni paling cantik dan unik


paling aku suka...orkid putih.....











ni mak aku paling suka...











nasib semalam tinggai sekuntum je...kalu tidak bukan main byk....


bunga kebangsaan....


pokok yg paling unik bg aku...


bunga ni ada warna lain..saje aku tunjuk warna merah....byk sgt..


dulu memula cactus ni kecik je...ni dah tinggi dari aku..





aloe vera a.k.a lidah buaya darat...hehehe


dedaun hijau menyambut kedatangan tetamu..wah!!















banyak lagi lain2 jenis bunga dan pokok kat taman mak aku ni...aku idak le rajin sgt mcm mak aku..hehehe..kalu berkebun sayur atau buah2 aku suka la..bunga2 ni aku suka tgk je..heheheh...sekurang2 nya adalah udara segar skit bila ada kehijuan kat umah ye dak..hehehe....

Thursday, May 21, 2009

New Idol????

VS


Pagi tadi aku tgk Live American Idol 8 Finale result Show kat channel 711...apa yang aku leh kata persembahan diaorang memang MALATOP!!!!!!..memang tahun ni punya peserta yg terbaik pernah ada dalam sejarah AI....2 finalist pon hebat belaka(walaupon aku nak tgk danny goley masuk final)......iaitu peserta paling popular ADAM LAMBERT dan underdog KRIS ALLEN.......aku paling kagum tgk persembahan Adam Lambert duet ngan kumpulan rock lagenda KISS...memang teruja gila la tgk...aku ni tak la minat sgt Adam..tapi bila tgk persembahan dia tadi...omigawd...he such a natural ROCKERS.....





bila tiba Ryan Seacrast umum juara...aku TERKEJUT GILA bila kris allen yg menang....aku rasa ramai lagi yg terkejut ngan kemenagan kris allen...ramai yang jangka Adam Lambert yang akan menang....tanggapan meleset sama sekali...walaupon undian lebih kurang 100 juta...gila tu....huhuhuhuhuhu...tapi aku rasa Adam akan jadi HUGE recording artist........way to go Adam...n Congracts tu new Idol kris Allen..

TAG TIG TUG.......

Soalan Menguji minda ....kalah soalan ujian MEdSI aku jawab aritu...hahahaha


1. Bekas kekasih saya:
Dah kawen n beranak pinak..aku jugak bujang tak berapa nak telajak...hahahah

2. Saya sedang mendengar :
Bunyi helikopter sedang berlegar kat ruang udara kawasan aku....

3. Mungkin saya patut:
Mandi.....peluh jantan lepas work-out....huhuhuhu

4. Saya suka :
Online!!!!

5.Sahabat-sahabat baik saya :
ermmmm....perlu ke sebut...mestilah ada

6.Saya tak faham
kenapa semua nak jadi penyanyi!!!!....

7.Saya kehilangan :
Kasut sport kesayangan aku...sape curik..PULANGKAN!!!!

8.Ramai yang berkata :
Ko ni ngape cute...hahahahah...takleh blah..

9.Makna nama saya :
"YANG MELAPORKAN KEBAIKAN"...mcm kerani plak nak buat laporan tahunan

10.Cinta itu adalah:
mcm kurap...lagi di garu lagi sedap...aiyoooo...hahahahaha

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
sedang membaca blog aku...hahaha..perasan je


12.Saya akan cuba :
jadi se'fit' brad pitt...hahahaha..insyallah


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Sampai bebila pon takpe!!


14.Telefon bimbit saya :
MERAH nye mak ngah oiii!!!!


15.Bila saya terjaga dari tidur :
alamak nak terkencing la plak


16.Saya paling meluat apabila :
Tunggu org yg lewat....janji MELAYU sgt kan....


17.Pesta/Parti adalah :
Pesta menuai...boleh ke??


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
penguin....comel sama mcm dalam citer pingu...


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
17....tak sabau nak tunggu abis sekolah


20.Hari ini :
hari Khamis..mlm kang malam jemaat...hahaha


21.Malam ini saya akan :
tgk citer KELIWON...


22.Esok pula saya akan :
jogging sampai 6-7 round non stop...kata nak fit kan!!!


23.Saya betul-betul ingin :
makan eskrim potong


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
ya ampun...ada sebijik jerawat tumbuh...damn!!!!


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
arked permainan ...tak payah duit bebanyak mcm shopping...guna seringgit dua je boleh main game.....


26.Makanan Barat atau Jepun :
tak mau dua2...makanan tradisonal...hahaha..hipokrit sgt kan...


27.Bilik yang terang atau gelap :
bilik gelap senang skit nak layan dvd...rasa mcm dalam wayang...hahaha



28.Makanan segera adalah :
makanan untuk org yg BERWANG!!!!!



29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
ada aku kesah!!!!


30.Siapa yang anda nak Tag?
sapa-sapa je lah yg rasa nak kena tag tu....janji aku dah langsaikan seruan Roslee menge'tag' aku...hahahah

Tuesday, May 19, 2009

Lawak Sengal

akibat kebosanan yang melampau, aku bukak semua cd2 yang aku burn masa zaman2 belajar dulu...tgk gambar2..bukak video...sekali terjumpa video yg satu ni...lawak nak mampos apek ngan Kuman....terus aku jadi tak bosan..ulang 2 3 kali tgk....aku sure korang tgk pasti gelak...memang lawak sengal...yang tak tahan..part dialog yg macam ni.."Nyah ko nampak kurus..apa rahsia"..hahaha...terang2 memang bukan kurus..perli bagai..hahahah



Malam Yang Sepi

Aduhai...

sunyi betul malam ni.....bosan tak payah cakap la. tanpa membuang masa aku online dengan harapan ada membe2 yang boleh aku berbual2 kosong. waktu-waktu macam ni biasanya kedengaran bunyi tangisan anak buah aku...malam ni dah tido awal plak. perut aku dah terisi masa dinner tadi.....hanya beberapa ketul cucur udang dan secawan nescafe o' panas.....

aku pon tak tau apa yg nak ditulis..malam ni idea kering...kalu tak tu ada je nak buat n nak cerita...sambil seronok melayan lagu2 dalam laptop aku ni, tiba2 satu panggilan masuk...pangilan dari makcik aku...dia call pasal nak mintak tolong aku uruskan pasal hantaran untuk majlsi kawin anak dia bulan depan....adusss..dah lama gila aku tak uruskan pasal benda majlis kawen ni..last dulu 2 tahun lepas....

nak kata aku pandai tak jugak...ada lah sikit bakat terpendam..hehehe...memang dari sekolah dulu aku minat kerja-kerja kreatif ni...so tak salah kalau meluahkan bakat yg ada pada benda yang betul tujuan nya...

esuk nak kena survey barang2 kat kedai pengantin yg terletak nun jauh di Jalan Kuala Kangsar...remeh jugak kejenya...nak survey harga bagai...pastu nak kena ikut tema plak...huhuhuu

sempat aku nak buat ni...lagi seminggu lebih je....dah la kena buat sorang...insyallah...pasti berjaya di akademi fantasia...hahahaha..tetibe lak merapek..kebetulan cakap pasal AF yg masih panas lagi ni...aku nak share lagu yg aku tengah layan giler....lagu single baru Hafiz...Masih Jelas....suka sgt lagu ni...


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Monday, May 18, 2009

APAKAH!!!!!

100 Truths

001. Real name -- Mohd Mahathir B. Mohd Radzuan
002. Nickname(s) -- Adie, Dir, Madir

003. Zodiac sign -- Taurus

004. Male or female -- Male
005. Elementary School -- Tadika Islam Tambun pastu tukar TABIKA KEMAS...

006. Primary School -- SK Tambun
007. High School -- SMK Raja Chulan Ipoh
008. Hair color -- Black

009. Long or short -- Long

010. Loud or Quiet -- LOUD

011. Sweats or Jeans --Jeans

012. Phone or Camera -- Phone

013. Health freak -- takde maknanya

014. Drink or Smoke -- Katakan TAK NAK!

015. Do you have a crush on someone -- Ramai jugak la

016. Eat or Drink -- Both is very important....hehehe

017. Piercings -- X

018. Tattoos -- X

HAVE YOU EVER?
019. Been in an public bus? -- tipu la kalu tak pernah....

020. Been in a relationship? -- pernah le rasa kepahitannya...huhuhuhu

021. Been in a car accident ? -- not yet....doakan yg terbaik
022. Been in a fist fight ? -- aku bukan jenis suka gaduh....
023. First piercing -- X

024. First best friend -- ramai best fren aku.....

025. First award -- Juara pertandingan melukis kat tadika
026. First crush -- dah lupe
028. First big vacation -- tak besau mana pon....yang ado

LASTS:

029. Last person you talked to -- Umi

030. Last person you texted -- my fren amz

031. Last person you watched a DVD with -- takde...aku layan DVD sesorang je
032. Last food you ate -- Nasi lemak sambal daging n telur puyuh...perggghhh!!!
033. Last movie you watched alone -- Bride Wars...Love Anne Hathaway so much!!

034. Last song you listened to -- Fikirlah by Aizat

035. Last thing you bought -- Milo....

036. Last person you hugged -- Umi aku

FAVES:
037. Food -- Tempe masak lemak cili padi...pergghhh tak pandang makanan lain dah
038. Drinks -- Teh o ais limau...wajib

039. Clothing -- paling suka T-Zed Factory, Guys Vision, Suave....tu pon bila ada sale...hahaha

040. Flower -- Orkid

041. Person-- My mum

042. Colors -- White

043. Movies -- kalu best layan je

044. Subjects -- Pendidikan Islam...hahahaha....

In 2008, I....
045. [x] kissed someone
046. [x] celebrated Halloween
047. [/] had your heart broken
048. [/] went over the minutes/texts on your cell phone
049. [x] someone questioned your sexual orientation
050. [x] came out of the closet

051. [x] gotten pregnant

052. [x] had an abortion
053. [/] done something you've regretted
054. [/] broke a promise
055. [/] hid a secret

056. [/] pretended to be happy
057. [x] met someone who changed your life

058. [x] pretended to be sick
059. [x] left the country

060. [x] tried something you normally wouldn't try and liked it
061. [x] cried over the silliest thing

062. [x] ran a mile
063. [/] went to the beach with your best friend(s)
064. [/] got into an argument with your friends

065. [x] hated someone
066. [/] stayed single the whole year

CURRENTLY:
067. Eating -- baru lepas

068. Drinking -- Nescaffe O
069. I'm about to -- Update my blog
070. Listening to -- My playlist song

071. Plans for today -- makan tido online

072. Waiting for -- anak buah aku jaga dari tido...nak main ngan dia

073. Want kids -- 100% NAK!!!
074. Want to get married -- Sudah semestinya...tak sabau..heheheh

075. Careers in mind -- Model.....berangan je

WHICH IS BETTER WITH A GUY/GIRL?
076. Lips or eyes -- dua dua
077. Shorter or taller -- medium boleh...hahaha
078. Romantic or spontaneous -- totally yes to romantic
079. Nice stomach or nice arms -- nice arms la....keep fit
080. Sensitive or loud -- Sensitive
081. Hook-up or relationship -- Relationship
082. Trouble-maker or hesitant -- apa kejadah

HAVE YOU EVER:
083. Lost glasses/contacts -- x pakai
084. Snuck out of your house -- ermmm..
085. Held a gun/knife for self defense -- gila apa???
086. Killed somebody -- X
088. Been arrested -- X!
089. Cried when someone died -- Tgk jugak sapa orgnya

DO YOU BELIEVE IN:
090. Yourself -- YES
091. Miracles -- YES
092. Love at first sight -- YES
093. Heaven -- YES
094. Santa Claus -- Tah la.....mitos je kot....ciptaan je
095. Sex on the first date -- APAKAH!!!!!
096. Kiss on the first date -- APAKAH!!!!!

TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now -- Yup!!!
098. Are you seriously happy with where you are in life -- 50-50
099. Do you believe in God ? -- aku masih waras...dah semestinya la!!!!

100. Post as 100 truths and tag 8 people

Ashraff
Rezal
Normy
Pejai
Nawal

Amz
Zal
YOU!

dah tak tau nak tag sapa lagi....huhuhuhu

Sunday, May 17, 2009

Deserved or Not????

aku saje nak buat entry ni untuk suka2.....kebelakangan ni banyak rancangan realiti tv kat malaysia ni samada dalam negeri mahupun luar negeri......beberapa je yg aku ikut dari mula sampai habis...One In A Million 3(OIAM3)....Akademi Fantasia 7 (AF7)...America's Next Top Model cycle 12...American Idol 7........kebanyakan nya dah ada pemenang...dan yg terbaru semalam AF7...dan juaranya memang aku puas hati giler.....berbaloi aku ikut dari week 1st...walaupon agak lemau skit AF7 kali ni...tapi aku akui bakat peserta kali ni lebih hebat....



AKADEMI FANTASIA 7


pic. credit to subhikarim.com

JUARA : HAFIZ

YA /TIDAK : YA....100% setuju hafiz juara

Aku memang dah minat dia sejak konsert 1 lagi...dia ni sesuatu yg lain...tiap minggu konsisten...tak pernah ada terkucil..kalu ada pun not a major mistake....puas hati sangat2 la dia juara semalam...walaupon pengkritik n cikgu semacam bias je....risau je aku Ac umum aril...hahahahahah..way to go Hafiz!!!!!!...PEACE!!!

AMERICA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 12




JUARA : TEYONA ANDERSON

YA / TIDAK : YA 90%...aku setuju walaupon saingan segit ngan Allison


Teyona & Tyra Banks

Aku memang dah dapat agak untuk cycle 12 ni Tyra akan pilih black model untuk menang...walaupon ramai orangg nak Allison menang...tapi aku lebih suka Teyona...dgn feature muka dia yg unik..structure bone face dia yg perfect....tang mata dia paling aku suka...mcm kata tyra "smile with ur eyes"....Wanna be on TOP!!!!

OIAM 3


pic credit to mstar.com

JUARA : TOMOK

YA / TIDAK : TIDAK!!!!.... :-p

JUARA SEPATUTNYA


pic. credit to mstar.com

Selepas Amylea tersingkir..aku dah tak layan sgt pon...tgk je sape juaranya....geram tul aku masa dia kuar dulu....she deserved to be in final walapon tak juara....apa2 pon aku suka sgt amylea buat dia punya stail lagu masa bawak lagu Im yours dari Jason Mraz

Saturday, May 16, 2009

Mari Manjamu Mata

Aduhai....bosan nye

hari sabtu ni bila takde watpe...bangun dah la lambat.....bangun je abah dah pi Kl ambik Umi n aya.....tinggal la aku berdua ngan adik pompuan....dia lak nak kuar ngan pakwenya....lapor la plak...tetibe mood rajin datang....bukak peti ais ambik fillet ayam pastu peram ngan bawang putih n serai.....gaul dlm black pepper sos....bakar dalam oven...then gaul ngan tepung ayam goreng RADIX...yummy....buat salad thousand island and french fries....kiranya BRANCH la nidah kul 12 baru nak makan...huhuhu...tak sabo esuk anak buah aku yg baru lahir seminggu lepas nak balik umah...rumah ni akan gamat ngan tangisan budak kecik tu la...




ni lah makanan org bujang bila mak tak de...huhuhu

seperti kata Roslee...kalu kita masak sendiri kena bagi nama Glamer masakan kita....so aku bagi nama


Fillet Ayam Cinta Adam & Hawa


Salad Lantera Timur


Puding Tembikai Susu Beyonce


Nescaffe Mantera Beradu


hahahahahahahaha!!!!!!!!!



ps: Roslee ok tak nama tu....hahahaha...simbolik dan glamer sgt kan

Selamat Hari Guru



Bersempena ngan sambutan Hari Guru SeMalaysia hari ni iaitu 16 Mei 2009 aku nak ambik kesempatan nak ucapkan berjuta-juta terima kasih buat semua warga pendidik seluruh Malaysia khususnya dan teristimewa khas buat cikgu-ckgi aku yg telah menjadikan aku 'seseorang' sejak dari Tadika KEMAS sampai la ke Sekolah Kebangsaan Tambun dan juga Sek. Men. Keb. Raja Chulan aku nak list kan semua nama mungkin ada yg tak ingt...tapi beberapa nama yg aku masih ingat dan berkesan sampai ke hari ini......


Cikgu Zaiton Musa, Miss Lee Lai Lai, Ustazah Umi Kalthom, En Aziz Abd Wahab(guru Besar SK Tambun time aku), Pn. Saadiah, Ustaz Rusmizi, Pn. Salmah Ahmad, Pn. Ruhaida, Pn. Rusmilawati, Pn Lee Khai Hong( cikgu matematik paling best & Kelakar), Pn. Alang Rahmah( mak angkat aku kat sekolah), Arwah En Mazlan, Ustaz Fauzi, Mrs Siva, Pn Hafilah, Pn Che Ramlah, Pn Noraini, Mr Hong (cikgu Add math paling garang nak mampus),Pn. Faridah Hanim dan ramai lagi.......................



Semoga semua dirahmati dan terus berbakti untuk mengajar dan menjadi warga pendidik yg Bestari......


Tak lupa jugak untuk Pakcik2 dan makcik2 aku yg bertugas sebagai guru
Pak Su, Mak Su, Pak Nuar, Mak Ros


juga untuk membe2 aku yg bergelar guru
Syawal, Shan, Mizi, Rose,

" SELAMAT HARI GURU 2009 "

Friday, May 15, 2009

Wajah Kesayangan Hamba.....


nilah wajah2 kesayangan aku..yang menjadi penyeri hidup aku....dari depa la aku kenal wonderpets...upin ipin....pingu....dan lain2...hehehehe





NorAisha Dania & Balqish Qistina




Athirah, Nina, Batrisya & Aida




Nur Izzah Athirah




Nur Izzah Athirah




Muhammad Thaqif Furqan



Muhammad Iqbal




PAK LANG Sayang kamu semua.............

Gedik Santai....

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Roro the cikebub


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1. Hobi aku menyanyi atau bahasa kasarnya melalak :-)
2. Aku very punctual...tak suka tunggu org lambat
3. Aku seorang yg kreatif sebenarnya
4. Aku paling tak suka orang menipu.....get lost
5. Dalam wallet aku wajib ada duit syiling berjumlah Rm1.00 tak kira la seposen, lima posen ke
6. Aku terlalu suka ngan bebudak sampaikan kekdang perangai mcm bebudak...comel je kan
7. Suka berkhayal sorang2
8. Paling suka bergambar tak kira tempat...bukan syok sendiri yer
9. Suka beli baju baru pastu simpan tak pakai....dah lama baru teringat
10. Aku obses ngan bentuk badan aku...nak sentiasa kelihatan FIT..


1. Bila kali terakhir makan pizza?
27 April aritu....sambut birthday anak buah


2. Lagu terakhir yang anda dengar?
Cinta Adam dan Hawa dari Misha...tgh addicted ngan lagu ni..besh


3. Ape yg anda buat selain selesaikn tag ini?
Tgh mengejar masa....solat asar belum ditunaikan..huhuhu


4.Selain name sendiri, anda suke dipanggl ngn name ape?
tak mau...nama sendiri dah cukup sedap


5. Ape yg anda suke?
Bergambar

6. Adekah anda pemalu?
ikut keadaan


7. Describe yourself .
ceria...sengal...degil...

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan 'anda telah ditag'(anda telah ditag takperlu kot!)


Normy
Rezal
Amzee
Baha
eychal
sesape yg terbaca blog aku...hehehe


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award"

Thursday, May 14, 2009

Cuba Masak & Makan

Hari ni tetibe plak terasa nak masak Gulai Taucu...kebetulan aku tinggal ngan Abah je.....sepanjang Umi aku takde ni...rajin plak aku nak try memasak.....barang2 abah dah beli siap tuk seminggu...heheheh..kalu tak malas gak sebab tinggal berdua....masak bebanyak rugi plak....hari ni mood rajin datang...teringat gulai taucu yg memang jadi faveret satu family sejak dari dulu....Umi pernah ajar ....masih ingat lagi cara2 nya...aku rasa inilah masakan yg paling simple n senang sgt nak sediakan...tak byk kesah....campak2 je



ni lah bahan2 untuk gulai taucu...wah presentation kena menarik...


ikan kena goreng terlebih dahulu supaya garing n tak lembik bila masuk dalam gulai


masak-masak tunggu sampai keajaiban berlaku...hahahaha


TADAAAAAA!!!!!!!!!


inilah hasilnya....yummy

seperti cakap abah aku..kalu dah ada gulai taucu ni tak payah ada lauk lain dah...semua cukup..ikan ada...sayurnya pon dah cukup....makan gulai ni saja ngan nasi...aku jamin pasti akan tambah berkali2.....hehehe..lepas tu sure ketidoran disebabkan kekenyangan....

Ok selamat mencuba......kalu aku boleh korang jugak mesti boleh punya......bakat memasak dalam setiap org lain2...so cuba dulu baru tau.....jangan tau makan je......

Wednesday, May 13, 2009

Kiriman Istimewa dari Seberang....

Aku balik dari Kl Isnin lepas ada satu kiriman Pos Laju atas meja....dlm tu mengatakan ada satu barang tuk aku ambil kat pejabat Pos Laju....benda tu dia dah hantar dari 4 Mei 2009 lepas...memandangkan aku takde umah masa tu..so barang tu ada kat pejabat pos....kena ambil selepas 14 hari dari tarikh penghantaran......so semalam baru ambik....

berpikir2 gak aku...sape lak yg hantar barang kat aku...pegi pejabat Pos Laju tu.....dia bagi satu bungkusan mcm skrol ijazah...tai versi lagi panjang....terkejut gak aku..tgk alamat depan datangnya dari INDONESIA....wah!!!!!....

Siapakah gerangan yg mengirimkan barang tu......???????

tgk nama pengirim....rupa2 nya...dari one of my fren dalam Tagged dari Jakarta...Vebrin....kiranya hadiah Birthday la ni......tapi aku tak tau lagi apa isi dlm bungkusan tu......tak sabar btul nak buka...

Balik umah buka.....OMYGAWD!!!!!!.....Best giler la...dpt potret gambar muka aku......cantik sangat2....terharu tul aku.....sejibik ngan gambar original.....kalu buat kat kedai ni mahal gila...ni dah dapat free...Alhamdulillah...

Terima Kasih Banget untuk Vebrin yang udah lukis n kirim pada Abang Adie potret tu.....tak tau nak ucap apa lagi....memang cantik sgt lukisan tu






bungkusan misteri.......


ni la potret aku yg dikirim.........


ni plak gambar original....sama kan??


aku bergambo ngan potret yg dikirm....besar gak....

p/s : vebrin terima kasih ya...abg adie nak frame kan gambar tu...letak kat bilik tido...hehehe