Tuesday, April 26, 2011

Teruja




Terima kasih sangat2 buat kak Murni dan Erna sebab dah bagi kejutan kat teman masa jaga exam last day harini.....teman betui2 tak jangka mike berdua ada rancangan nak bagi teman sejambak bunga, sekotak coklat dan sekeping kad yang sangat2 comel walau birthday teman udah 3 hari berlalu. terharu betui teman....mana idaknya..sambil jaga exam tu sah2 la student nampak teman tersenyum lebor bebenor..hahahaha

apa2 pun korang memang the best la..mmmmuuaaaahhhhh!!!!

Adie

Sunday, April 24, 2011

Blessed

Thanks untuk staf dan pengawas2 exam OUM, Ipoh atas sambutan kecil-kecilan hari lahir teman .  Sangat2 menghargai dan rasa dihargai bila kalian sanggup menyediakan makanan yang sedap2 belaka walau simple sekali pon. dengn ini jugak tanpa teman sedari dah masuk 2 tahun blog teman ni beroperasi...hehehehe..mcm kedai lak nak beroperasi...betul ke penggunaan ayat tu....bangga ngan diri teman....caiyok..caiyokkk!!!



Adie

Saturday, April 23, 2011

Setahun lagi....



Yippieee...Alhamdulillah hari ni genap teman 29 tahun. ada org takut dengar no 9 tu kan. tapi teman idak kisah, sekadar nombor yang penghujung nak masuk ke angka kosong balik...hahahaha.saje nak sedapkan hati. Anyway selamat hari lahir buat diri teman yang segak ni...hahaha.I LOVE 29...sangat-sangat..;-)


Adie

Friday, April 22, 2011

jatuh hati

teman nak share skit pasai tahun ni punya American Idol. teman udah tinggai 2 musim AI ni sebab peserta dia lemau2 walaupon idak selemau peserta yg ada kat Malaysia ni..hehehe. tapi tahun ni cukup berbeza dengan ketiadaan simon cowell dan kehadiran 2 juri baru yang sangat teman puja siapa lagi kalu bukan J-Lo dan juga Steven Tyler. Peserta kali ni teman tengok sangat2 outstanding sejak dari ujibakat lagi. So sape kata kalau takde simon AI tak menarik...malahan rating undian adalah paling tinggi dalam sejarah...bye2 simon..setakat ni teman ngikut setiap minggu walaupon tak tgk live dalam youtube pon jadi. peserta kegemaran teman tahun ni ramai tapi yang paling menarik perhatian teman dah tentu si seksi HALEY REINHART yang memiliki suara serak2 basah dan teknik 'crawling' yang mahal. suara dia sgt2 unik dan kalau la kat malaysia ni ada suara macam ni sah2 juara program realiti. ye dak.

apa2 pon nak share persembahan top 7 semalam...secara peribadi , ni yang paling teman suka..lagu plak kena betul ngan range suara dia. lagu berentak soul dari penyanyi terkenal British Adele. sekali dengar terus tangkap di telinga. dan serta merta cari mp3 dan lirik..hahahaha

yang ni studio version...(mak aiii dgr je terus goyang2 bdan..)


yang ni plak live version (persembahan malam semalam top 7)


yang ni plak original version from Adele (menarik gak..nak carik la album dia)


teman harap sangat si Haley ni masuk final dan memang..walaupon teman nengok pola pengundian rakyat Amerika mcm tak memihak pada Haley...tapi dapat top 3 pon dah bagus..kalau dia ni buat album sah2 teman beli punya....

go haley!!!!! go Haley!!! 
Adie

Photoshoot


Salam,

cakkkkkk!!!!!!..udah lama teman idak menyinggah sini. sibuk skit ngan final exam. arini takde exam bley la update apa yg perlu. so amacam semua. harap sihat walafiat. ni teman nak share skit gambo2 photoshoot teman ngan dua orang jurugambar hari cuti keputeraan Sultan Perak 19 April lepas. teman yang cadang nak buat konsep bruno mars dengan topi dan gitar. hehehe..jadi tak...bole la..perasan la kejap bruno mars walaupon teman idak pandai main gitar. hanya semata-mata sebagai props. Terima kasih lah pada Kak su yang dah ajak outing aritu dan juga kenalkan teman pada jurugambar amatur yusri @ matahari. ok la tambah gak kenalan teman dalam dunia fotografi ni. walau amatur sekali pon teknik dia ambik gambo kira boleh dipuji. thanks lagi sekali. bertempat di pekan lama(old town) di Ipoh dan juga taman jepun. so enjoy. 

teman idak sabo nak sambut bday esuk..hahaha..dah tua2 ni tak sedar diri lagi.hahaha

ok chow, 

Salam Jumaat










Adie

Monday, April 04, 2011

Pergi Tak kembali





Assalamualaikum warahmatullah...

bertemu kembali. hari ni 4 April 2011 genap 6 hari umi meninggalkan kita semua. teman kuatkan juga untuk mengupdate blog ni walaupon rasa berat sangat hati ni. teman masih bersedih dengan pemergian Umi ke rahmatullah tanggal 29 march 2011 jam 7.40 pagi di HUKM.

mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan solehah. Amin.

Rasa macam baru semalam teman mengucup dahi Umi, mengurut badan Umi, bancuh milo untuk umi. kurang lebih 3 bulan Umi di jaga rapi oleh teman. setiap hari teman berdoa agar niat teman nak jaga Umi tanpa rasa jemu di berkati Allah. walaupun kadang2 terasa penat tapi teman tolak ketepi mengenangkan Umi dah jaga teman sejak dalam kandungan sehingga teman dah berjaya walaupon belum sepenuhnya berjaya macam adik beradik yang lain.

Teman tak sempat nak gembirakan umi dengan sebuah perkahwinan dan juga cucu. maafkan madir Umi.Madir janji jadi anak yg terbaik dan dipertemukan jodoh yang baik juga...Insyallah.


Alhamdulillah..teman dapat sama2 adik beradik lain menguruskan jenazah Umi dengan sempurna. Pengalaman memandikan jenazah umi sangat sayu dan tak tergambarkan. Betul lah kata bahawa Syurga Itu Ditelapak kaki Ibu.

Detik paling sayu apabila Umi siap dikafankan, Abah dengan rasa sayang dan sayu mengucup dahi umi, sempat Abah mencuit kedua2 belah pipi umi. nampak seperti bergurau. Teman memang tak tahan sangat bila menatap wajah abah. Terkesan saari ni. air mata ni senang nak jatuh bila cerita detik tu.

Harapnya Abah tabah menghadapi dugaan dan kehidupan tanpa seorang isteri yang disayangi dan telah bersama lebih dari 30 tahun.Madir dan adik beradik lain berjanji akan menjaga abah dengan penuh perhatian. Insyallah. 

Al- Fatihah.......


Adie

UMI


Adie