Tuesday, February 15, 2011

Salam maulud Nabi

Salam

malam dah nak masuk pagi...12 Rabiulawal 1432H adalah hari bersejarah buat kita sebagai Umat Islam....dikesempatan ni mari kita perbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




Adie

Saturday, February 12, 2011

Pindah

salam

siang tadi sibuk menolong adik perempuan teman mengemas baranag2 untuk pindah rumah sewa baru dia. tak jauh la dari umah nenek teman...belakang HUKM jugak..senang nak pergi kerja dan tengok2 kan umi sementara umi masih dalam wad lagi....

sengal2 jugak badan ni..angkat perabot2 berkitan...kira satu workout jugak buat teman yang dah lama menghentikan aktiviti workout ni sejak duk di KL ni..huhuhuhu

apa-apa pon teman seronok dapat menolong adik teman dan buat amal kebajikan..wah terus amal kebajikan kan...hahaha..

ok nite...nak hilangkan penat badan tido adalah jalan terbaik....


Adie

Friday, February 11, 2011

iPAD




Nak jugak la benda alah ni. bila la agaknya akan jadi milik teman ye.   aritu dapat la merasa guna angah punya. memang sangat-sangat best. sapa2 yang bermurah hati nak sponsor tuk teman pun dialu-alukan.hahaha...sampai kucing bertanduk pun jangan harap la..apa2 pun teman akan dapatkan satu jugak nanti...Insyallah kalau ada rezeki lebih. Amin

Adie

Salam Jumaat

Alhamdulillah bertemu kita lagi 

harapnya semua berada dalam keadaan yang selesa, selamat dan diberkati. 3 hari jugak la teman tak memunculkan diri dalam dunia maya ni. 

sangat cerah suasana di Seri Kembangan ni. matahari tak segan nak muncul. Amin. kembali semula teman di seri kembangan buat sekian kalinya.

Dikesempatan ni teman nak memanjatkan kesyukuran sebab majlis bacaan yasin dan solat hajat beramai2 berjalan dengan lancar. walaupun dirancang dalam masa yang singkat. Terima kasih yang tak terhingga buat pakcik jalaluddin dan makcik sabariah yang sudi memberi kami adik beradik menumpang rumah untuk majlis semalam. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Insyallah doa dan hajat kita semua di makbulkan agar Umi cepat sembuh dan diringankan penderitaannya.Amin.

Adie

Monday, February 07, 2011

Tawakal

Doa buat umi:


" Wahai Allah tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dan Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yg tak menyebabkan akibat buruk dan kepedihan lainnya, wahai Yang Maha Mencukupi, wahai Yang Maha menaungi, Wahai Yang Maha Terpuji dan Maha berhak atas pujian."


balik ipoh ntah mengapa senang betul air mata mengalir bila dpt msg dari kirah yg baru jumpa doktor bersama abah.....ada berita kurang menyenangkan...dan bila teringat saat tengahari tadi bila melawat umi, laju je air mata ni...umi nampak penat sangat...ketidoran...teman cium berkali2 tangan umi...tapi umi tak beri respon...hanya tuhan yang tahu betapa sayu pemandangan ketika itu...dan berita petang tadi sgt2 buat teman kaget dan berserah padaNYA...baru sampai Ipoh petang tadi..dan esuk kena kembali ke Kl semula....huhuhuhu

Adie

Sunday, February 06, 2011

Rindu IPOH yang keterlaluan




salam hujung minggu

jam dah pukul 11 pagi di seri kembangan ni..teman masih di rumah adik perempuan bertemankan thaqif dan khadijah. melepas rindu  kat bebudak ni setelah 2 hari teman takde di rumah...sibuk berphotoshoot sampai ke Putrajaya dan litar Sepang. kebtulan ada kenal photographer dalam Fb..terus jadi membe. lagipon diaorang duduk dekat dengan seri kembangan..so tk lepaskan peluang berphtoshoot hari jumaat petang di pullman ,Putrajaya dan Sabtu seharian di litar Sepang..amboi kalah model profesional..padahal tak reti pon teman ni bergaya..hahahaha..kita tunggu je la hasilnya nanti..thanks abg azman n abg jamali for ur kindess nak buat photoshoot tuk adie...thanks jugak tuk tunjuk ajar kat teman yang keras n kontrol macho ni kalu bergambo..hahaha...teman mengaku pon.

tapi masalah teman skrang ni teman rindu yang teramat sangat nak balik Ipoh....apalah khabarnya Ipoh...huhuhu...dah 2 mingguteman di Seri kembangan, Bandar Tun Razak, HUKM, PJ...ulang2 tempat yang sama disebabkan Umi masih lagi dalam wad..kalaulah umi dah kuar memang dah lama teman dah ada di Ipoh.

macam mana lah keadaan motor rempit kesayangan teman tu...dah 2 minggu teman tak membelai dan menunggang. harap2 abah kat umah tolong hidupkan motor teman tu sekali-sekala.

nak balik IPOHHHHHHHHH!!!!!!!!!! 

Adie

Thursday, February 03, 2011

Selamat Bercuti

Bismillahhirahmanirohim

assalamualaikum dan selamat pagi

lepas subuh teman dah tak leh tido..ingat nak sambung tido, tapi tak boleh...

hari ni kebanyakan daripada kita cuti kan. bersempena dengan tahun baru cina ni teman nak ucap selamat menyambut tahun baru cina kepada kaum cina seluruh Malaysia khususnya. tengah malam semalam puas menikmati pemandangan bunga api dari jendela rumah adik teman ni. lepas satu satu. yang paling seronok anak buah teman la. teruja betul dia.

tidak lupa kepada mereka yang nak balik kampung bercuti atau berjalan, hati2 di jalan raya. jangan nak terkejar2 atas lebuhraya tu. ingat orang yang tersayang.biasalah 1 malaysia. raya cina..yang bukan cina pon nak raya jugak kan. so berwaspada!!

teman harini mungkin ke hospital lagi. hari ni cuti umum waktu melawat panjang.

ok jumpa lagi. selamat beraya. makan limau tu ingat2. jangan esuk dah batuk2 baru nak salahkan buah limau.tak guna...hehehe

Adie

Tuesday, February 01, 2011

Ikhtiar

fuhhhh!!!

ngantuknya teman petang2 ni...baru balik dari melawat Umi di HUKM...hari ni cuti umum hari wilayah di Kl..so waktu melawat lebih lama..dari jam 12.30 sampai 7.00 petang. tapi teman dan adik melawat Umi sampai pukul 4.30 je...Umi tido kami balik la...

tadi tengah hari ada Ustaz Nasir anak didik kepada Ustaz Harun Din datang melawat dan berjumpa dengan Umi. Adik perempuan teman yang uruskan semua ni. dia dah bacakan ayat2 Al-Quran dan kaunseling kat Umi jugak.. Ustaz Nasir tu nasihatkan Umi kena banyak ingatkan Allah kalau rasa sakit...dan anak2 setiap kali datang melawat doakan yang terbaik..sedekahkan ayat2 Al-Quran....

yang paling penting Ustaz NAsir tu cakap...semua ni datang dari Allah..sakit dan Sembuh semua dariNYA...kita hanya ikhtiar yang termampu..jangan putus asa...ubat ke, air penerang hati, rawatan dan sebagainya semua tu ikhtiar...yg penting berkat dari Allah..

Insyallah...

Selagi Umi kat HUKM yang bley dianggap macam rumah ke-2 ..selagi tu lah teman akan berada di Kl ni..kerja malas nak pikir..yang utama Umi sihat..lepas Umi sihat baru nak pikir pasai keje....huhuhuhu

Ya Allah ko berkatilah kehidupan kami sekeluarga.....


Adie