Thursday, July 29, 2010

Imam Muda.....


Salam,

kali ni aku nak update skit pasal satu program realiti terbaru terbitan Astro Oasis. Rancangan ni lain dari program realiti yg sedia ada dan juga unik...sebab apa aku ckp mcm tu...sebab dia bukan mempetaruhkan bakat nyanyian , mahupun menari mahupon masak memasak....Program ni di panggil Imam Muda.

Di awal sessi ujibakat dulu aku pernah berkata...Astro ni wujudkan rancangan ni hanya untuk keuntungan dan juga sekadar tujuan komersial...agak sinikal pandangan aku tu kan...heheh..yerla aku telah dilambakkan dengan program realiti hiburan semata2 sebelum ni...so aku sedikit bias dengan keadaan semasa.

bermula la rancangan ni sejak Mei lepas...aku mcm buat endah tak endah...hanya baca artikel dalam suratkhabar mahupun di internet..hanya menjenguk je...tak terlintas nak tgk...hehehe..tipikal org sekrang kalu rancangan berbentuk agama skit bagi sambutan yang dingin.....mcm2 komen yang aku baca dalam internet...ada PRO dan KONTRA. program kat Tv pon aku rasa pernah tgk sekali je itupon tak tgk habis....hehehehe

tapi minggu lepas..ntah mcm mana aku berminat nak tengok 'FENOMENA' Imam Muda ni mcm mana kan....pas Isyak duk depan Tv ngan umi layan rancangan setiap jumaat tu....tengok sampai habis..Alhamdulillah apa yang aku boleh komen...program ni sgt berilmiah dan sgt menginsafkan...tugasan minggu lepas lawatan ke rumah warga emas....cukup tersentuh hati aku bila tengok calon2 Imam Muda ni handle tugasan depa....(dalam hati berkata...ruginya aku tak tengok dari mula rancangan ni...sgt menyesal....)...ye la bari nak tgk dah minggu ke-9..huhuhuhu..minggu ni dah final.

Alhamdulillah start dari Isnin baru ni Astro duk ulang balik dari episod mula....seronok sgt aku dapat tgk dari mula...dari 10 calon sampai la skang ni tinggal 2 orang...tapi serius aku tgk rancangan ni sejak episod ulangan mula sampai la yg minggu lepas setiap episod aku tersentuh..paling tersentuh masa episod pi umah anak2 yatim...senang btul aku nangis...huhuhu..tak tipu tapi memang btul..aku dgr umi aku pon sebak....aku cover2 la gak kan ngan umi aku..hehehehe...aku rasa berbaloi untuk aku menangis tgk rancangan ni dari menangis tak tentu pasal mcm bebudak tgk AF....

sejak aku tgk rancangan ni last week...aku senang btul hafal nama setiap calon Imam Muda...tak mcm Af kejap lupe kejap ingat...hehehe...ye la rancangan ni tak mcm AF yang ada peserta kita suka kita ingt nama dan yang tak gemor idak ambik kisah...tapi dengan Imam Muda ni..semua nama ingat dan peserta nya sangat menyenangkan..nama pon rancangan Ilmiah kan....meh aku sebut nama2 depa ikut peserta yang terkeluar awal....Abe Syara-Syafik-Miril-Adib-Azhar-Nuri-Aran-Taufik dan finalis 2 orang tu Hizbur dan Asyraf

muda2 belia depa ni..aku kagum sgt dengan depa ni...bila la aku nak jejak anak2 muda mcm ni...sibuk ngan hiburan kan aku ni....umur dah meningkat...hehehe......tapi apa2 pon rancangan ni patut diteruskan sampai bila2....Sampaikan rancangan ni menarik perhatian DUNIA sebab menjadi satu2 nya rancangan yang sebegini..takde kat tempat lain lagi...siap masuk BBC...orang luar datang sini semata2 nak buat liputan khas...dan dikhabarkan rancangan ni mempunyai peminat setia di luar negara dan stesen TV Luar nak ambik rancangan ni dan ditayangkan di sana....Ni yang baru btul2 boleh digelarkan "WORLD"...bukan yang sorang tu kan...heheh...patutnya mawi dan shahir AF tu serta anak2 muda lain masuk rancangan ni....tapi pokok pangkalnya nawaitu kita kan......

Malam esuk aku wajib tengok Final antara IMAM HIZBUR dan juga IMAM ASYRAF...tapi kalu ditanya pilihan aku...aku jawab kedua2nya layak seadanya..tapi kredibiliti sebagai imam aku tgk lebih kepada Imam Hizbur...yer la belajar tahfiz kat Universiti AL-Azhar.....tengok gaya dia pon sejuk je...memang muka Imam..


Imam Muda Hizbur (Baling, Kedah)


Imam muda Asyraf (Sg Gelugor, Penang)

(gambar kredit kepada : www.astro.com/imammuda)

Apa-apa pon..selamat berjaya untuk kedua2 calon Imam Muda..dan kawan2 semua mari kita tengok rancangan ni...

Amin.....

p/s : panjang lebar aku mengomen kan...mcm aku plak yang punya rancangan...ntah la excited nak bgtau.....anyway kredit untuk ASTRO atas program ni...

Thursday, July 22, 2010

Den Sayang Omak den.....

Entry kali ni aku tujukan khas tuk umi aku....minggu lepas dia duk cakap kat aku suruh tangkap gambo bunga2 kesayangan dia masuk dalam internet....wah bukan main lagi umi aku ni kan...sudah pandai nak show-off taman bunga dia tu...tersenyum je bila umi cakap mcm tu...aku tak leh nak cakap"tak nak" kan....puan besar punya hajat kena buat jugak..hahahaha...so aku tak kisah sgt sebab memang betui pon cakap dia..skang ni bunga2 dia tu tengah kembang mekar...

tak silap aku tahun lepas aku ada buat entry pasai bunga2 umi aku tu...dah setahun lebih jugak la..ni kembali musim bunga banyak tumbuh...menjadi gak tangan umi aku ni kan...hehehe..umi aku ni penggemar bunga2 ORKID...kalu pi Giant tu tak sah kalu tak singgah kat department bunga orkid..tau dah....

so semalam ambik gambar lepas balik jogging...kebetulan plak ditemani oleh 2 Duta alam sekitar ZON Kg Baru Tambun.....hahahaha...pantang nampak jurukamera ke hulu ke hilir ngan kamera...mula la nak pose gedik kan....kiah sgt....tak ambik gambo kang selagi tu la melolong panggil "pakcik..pakcik..pakcik....ambik la gambo kakak..."..yang si adiknya mengekor je kakaknya......terhibur ngan budak berdua ni....



ni lah duta alam sekitar yang dicerita tu...posing kalah 'sifu' dia ni....


koleksi bunga kertas...kat Ipoh tak sah kalu takde bunga ni...trademark katanya


ni lagi koleksi bunga & pohon hijau yang ada kat umah aku tu...(ingt lagi tak daun lengkuas yang aku lukis...ambik inspirasi dari situ le....ngeeee)


lagi tanaman umi aku


ni paling digemari umi aku...orkid...mcm2 warna..ada yang spesis lain tapi baru kuar putik..blom berbunga lagi.....


Wednesday, July 21, 2010

My Artwork



ni koleksi lukisan2 aku sejak tahun lepas...dan akan bertambah dari semasa ke semasa...ntah la sejak kebelakangan ni minat melukis aku ada je sepanjang masa...wah sepanjang masa katanya...abis keje lain tak yah buat ye...ikut kelapangan jugak....so skang ni aku lebih suka guna media "crayon" ..aku bermain dengan warna2 yang terang....pasni mungkin aku akan guna media lain plak..seperti water color...akrilik ke...aku nak explore lagi..dan aku paling nak belajar lukis potret....sejak dulu lagi aku dah cuba..tak menjadi mulut senget la..mata herot la...hidung kembang la..hahahaha..takpe org putih kata "practice make perfect" kan....so bawah ni aku share hasil kerja aku yang tak seberapa ....enjoyyyyy!!!!




ni aku lukis ambik inspirasi pokok lengkuas Umi aku kat blakang umah...aku suka tgk warna hijau daun pokok tu.....




ni aku lukis ambik inspirasi dari dinding ruang tamu aku yang dulu aku hias ngan wallpaper...lukisan ni kot yang paling cepat aku siapkan...tak sampai sejam pon...hehehe..excited punya pasal kan......so ni lah hasilnya.....



antara banyak2 lukisan aku paling suka hasil tangan aku yang ni...paling paling paling...tapi memang aku puas hati sgt la...disebabkan minat aku kat Beyonce yang terlalu kuat so aku bercadang nak simbolik kan bentuk badan Beyonce yang "CURVY" tu...pastu aku aplikasikan warna2 pingat ~EMAS ~ PERAK ~ GANGSA...so ni lah hasilnya..menarik bukan...cheewah puji diri sendiri yang tak leh blah tu...hehehe

Monday, July 19, 2010

Berangan model..boleh????

seperti yang dijanjikan aritu....my fren dah bagi aku gambo masa pi Sungai kat Hulu Kinta..aku dah edit bagai...so inilah hasilnya...tadaaaa.....bidan terjun katanya.....model kah?????


kusyuk melakar menggunakan crayon....


ni lah hasil yg tak seberapa..amatur la katakan.....

bawah ni moh kita nikmati gambo2 model yang tak jadi...kalu berangan boleh la kot..model yang dah gemuk...huhuhuhu..ada aku kesah!!!













"Kredit to my fren Mr Fared atas usaha melayan kerenah model tak cukup syarat ni bergambar...hahaha..tunggu aku kurus skit na baru boleh bagi aksi terlampau skit...ni payah skit..lemak all-over..hahahahaha"

My Sista Bday......



Happy 23rd B'Day Kirah....semoga ceria selalu dan berbahagia di samping suami tercinta...cepat2 dapat baby.....(heheheh..yg abgnye blom lepas lagi....)

Saturday, July 17, 2010

Hujung Minggu

Salam ujung minggu semua,

kepenatan ni baru balik dari mandi sungai sambil melukis yang tak seberapa..hahahah....dapat la lukis satu muka je...begambo je lebih kan....thanks kat fared yang dah ambik gambo2 aku n cadangkan aktiviti ni...hehehe...

lain kali kita pi tempat lain plak...aku minat tempat yang ada bunga-bungaan...baru best nak lukis kan...berwarna-warni skit...kat sungai byk warna ijau je...tak reti nak main tone kaler...cheewah mcm ye je kan..padahal amatur je....choyyyy

ok la gambo nanti aku upload bila membe aku dah siap masuk dalam laptop dia....


p/s : fared cepat2 upload gambo dlm laptop ko....

Friday, July 16, 2010

Happy Birthday!!!!

Bulan Julai ni ada 3 adik beradik aku sambut bday...tarikhnya nak dekat2 plak tu....semalam 15 julai Bday yop aku Mohd Faizal Affendi yang ke-31, arini 16 Julai Bday adik laki aku Ahmad Najib yang ke-25 dan 19 Julai akan datang Bday adik bongsu aku Nur Shakirah yang ke-23...

Madir nak Ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran ..semoga kyop, ajib n kirah di kurniakan kejayaan dan kebahagian yang terbaik...Insyallah

mcm best je kalu sambut sekali kat KL reramai mcm aritu...tapi nak pi Kl umi banyak tempahan jahitan...so tak dpt kot..takpe tunggu time aya nak bersalin nanti awal bulan 8 pi KL...

Wednesday, July 14, 2010

Tips Kesihatan : Jogging



Salam semua…. lately aku dah buat balik aktiviti yang aku selalu buat iaitu jogging..dah lama tinggal sebenarnya..on off je..so skang ni aku rajinkan diri jogging pagi petag..hehehe…lagipon bulan depan dah masuk bulan puasa..so aktiviti bersukan dah terhad…masa ni la nak buat …so orang semua tau jogging kan..lari kuar peluh….untuk sihatkan badan dan tak kurang jugak nak kuruskan badan mana yang sedar badan tu dah bertambah lemak sana sini…tapi jogging bukan sekadar berlari dan kuar peluh je…jogging pon kena ada ILMU jugak…. Kenapa aku cakap kena ada ILMU..meh aku kongsikan skit fakta yang aku dapat dari pembacaan..jogging ni ada BAIK dan BAHAYA nya juga…korang mesti terkejut kan aku cakap jogging merbahaya….jika cara nya tak betul….aku nak kongsi yang BAHAYA dulu

Bagaimana Jogging boleh merossakan kesihatan korang


1. Jika korang jogging di jalanraya, ia boleh menghadapi risiko dilanggar, sekarang ni segelintir orang yang suka off-track bila jogging..guna jalanraya yang banyak kenderaan. So, elakkan berjogging di kawasan banyak kenderaan.

2. Berjogging di jalan bengkang bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan. Salah satu kaki akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi mengalami kekejangan.

3. Jangan berlari jika terasa sakit.Anggota badan yang sakit adalah tanda bahawa korang kena BERHENTI. Jika korang lari jugak korang akan mengalami kerosakan anggota yang kekal atau menemui ajal…aiyooo takut plak dengar kan.

4. Berlari boleh menyebabkan korang ketagih. Apabila korang berlari , tubuh akan mengeluarkan sejenis hormone yang dikenali sebagai endorphin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila berhenti seketika akan membuatkan korang ketagih…(ada betulnya jugak..aku pon kekadang ketagih nak lari..hahaha)

5. Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung. (lari2 anak sudah la..janji berlari kan…)




Korang jangan risau jogging ada jugak kebaikan dia…mestilah kan untuk kesihatan…



1. Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan degupan jantung. Jogging juga wajar dijadikan senaman yang perlu oleh korang.

2. Sistem pernafasan korang dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian BETUL, korang perlu belajar bernafas.

3. Jika korang terlalu gemuk, korang boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

4. Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

5. Dengan memperuntukkan 1-2 jam seminggu untuk berjogging boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari.

Sunday, July 11, 2010

7 Perkara JANGAN selepas MAKAN

memandangkan aku ni suka makan dan kuat makan lately....aku ada dapat emel dari kawan aku tentang 7 fakta perkara yang jangan kita buat selepas makan....emel yang aku terima dalam bahasa inggeris so aku dah alih bahasa kan jadi bahasa melayu..harap kome semua paham..hehehe..biasalah teman blajo2 lagi bahasa inggeris ni....

7 PERKARA DILARANG SELEPAS MAKAN

JANGAN MEROKOK!!! : kajian dari pakar membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan sama seperti menghisap 10 BATANG rokok….peluang mendapat kanser amatlah tinggi!!!
(ngomen : nasib baik aku bukan perokok.....TAK NAK!!!!)




JANGAN MEMAKAN BUAH SEJURUS SELEPAS MAKAN : makan buah sejurus selepas makan boleh menyebabkan perut kembung atau masuk angin. Oleh itu cuba ambil buah-buahan 1-2 jam selepas makan ataupun sebelum makan.

(ngomen : kadang2 ada jugak makan buah lepas makan..pencoci molot katanya...hahahaha)




JANGAN MINUM TEH : ini disebabkan oleh daun teh yang mengandungi kandungan asid yang tinggi. Asid tersebut boleh menyebabkan Protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras dan sukar untuk dihadam.

(ngomen : adoyaiii..yang ni selalu aku buat..teh menjadi pojaan hati aku..mana leh lupe...ropenye tak boleh la plak....padanlah berak keras je..hahahahah...ada kaitan tak???)





JANGAN MENGENDURKAN TALI PINGGANG : membuka atau mengendurkan tali pinggang dengan serta merta selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersumbat.

( ngomen : setakat ni idak le aku buat benda ni...samada kat umah atau kat kedai makan..gila apa tetibe pas makan nak bukak tali pinggang....choyyyy sgt.....)





JANGAN MANDI!!! : mandi selepas makan boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat di sekitar tangan, kaki dan badan dan oleh itu jumlah darah di sekitar perut mengurang. Ini akan meyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

( ngomen : yang ni pon selalu orang buat kan...pas makan mandi....jgn kata takde yer..tu yang masa berkelah tu..pas makan2 terus terojun sungai tu kejadah....kantoiiii...sama la kekdahnya kan....haha)




JGN BERJALAN : pepatah inggeris ada mengatakan “AFTER A MEAL WALK A HUNDRED STEPS AND YOU WILL LIVE TILL 99”…tetapi fakta tersebut adalah salah. Berjalan boleh menyebabkan system penghadaman tidak dapat menyerap segala nutrisi dari makanan yang kita makan.

(ngomen : berjalan nak pi basuh pinggan ada la kot... :) )




JANGAN TIDUR : makanan yang kita ambil tidak dapat dihadam sebaiknya jika kita tidur selepas makan. Ini punca berlakunya kepada penyakit Gastrik dan jangkitan di dalam usus.

(ngomen : ni selalu jadi pas makan tengahari...bukan setakat bapak2 orang, bebudak pon sama..pas makan tengahari mengantuk terus tido..mana perot tak bonchit...hahahaha..kata org diri yg cerita ni pon sama je...tapi perut teman menten lagi bergetah!!!...opppsssss....hahaha)



Friday, July 09, 2010

Cute Fish Spa....



last weekend..jejalan ke Pasar Seni KL...dah lama tak jejak kaki kat situ..dah mcm2 ada kat situ skang ni...dulu kedai cenderahati je banyak..skang ni dah ada restoran baru dan yg tertarik sekali ada urut refleksologi ikan...yang diberi nama "CUTE FISH SPA"...



memula aku bersungguh tak mau buat benda tu..membe aku paksa gak buat..katanya takde apa..aku dah terbayangkan citer ikan phirana..hahaha..seriau org utara kata..TAK NAK! TAK NAK! TAK NAK!....last2 termakan pujuk membe aku tadi..dia dah excited gile nak cuba benda tu..dah siap bayar...pastu tgk2 aku yang masukkan kaki dulu...choyyyyyyy!!! sgt kan...tadi dia beria ajak aku last2 dia yg cuak...aku plak yg memberanikan diri...



bayaran dia RM5 setiap 10 minit...ok lah tu..nak pi spa yg bebetul mahal rasanya...memula nak masukkan kaki ke dlm kolam ikan tu..aku dah takut sebabnya ikan2 comel tu dah berkerumun kat depan tempat duk aku...adusss...mcm mana ni..masuk je kaki..aku tak tau nak ckp apa..punya lah geli ya amat...aku tahan je...cina tu dah gelak2 tgk aku menahan geli...nak menjerit malu plak kan..dah la ada pasangan mat saleh sebalah tu....dalam 2 minit aku dah biasakan diri..lama2 best la plak benda ni...



selalu tgk dalam Tv je kan..ni dah dapat rasa sgt2 seronok....tak cukup la 10 minit....hehehe




ni la time memula aku masuk kaki..ramai tul anak ikan datang kat aku...hahahahaha


seronok ke tgh tahan geli....kantoi...hahahah

dalam masa aku ngan membe tgh merendam kaki ..ada pasangan mat saleh dari France datang tgk..pastu dia mcm berminat..dia pon buat la..lucu sgt...meriah kawasan tu dgn gelak tawa...disebabkan depa berdua takut2...yg paling takut pompuan mat saleh tu la....menjerit2...hahahah..sempat la jugak posing sekali kan...dua kali tak leh plak..hahahaha




aku n membe bersama ngan mat saleh France...

My New Phone.......



sepanjang aku pakai telepon bimbit yang pertama sejak zaman Politeknik Ungku Omar sekitar 2000 aku tak pernah beli pon dengan duit sendiri....pakai pon orang punya yg dah tak pakai....abah bagi....angah bagi yang last sekali yg aku paling faveret SAMSUNG merah tu..skang ni dah tak leh pakai..disebabkan oleh battery nya yg nazak..hahahaha...bertuah tul aku..mcm2 jenama henpon aku dah pakai...dari ALCATEL, VODAFONE, NOKIA, SAMSUNG, SONY ERICSON, CSL ....baru2 ni membe aku yang tak suka pakai telepon yg jenis ada pen cucuk2 ni...dia bagi kat aku...adusss aku seperti org mengantuk disorongkan bantal.....kira hadiah bday aku jugak la.....thanks ye my best fren....aKu akan jaga bebaik telepon bimbit ni....aku memang dah lama ngidam nak pakai tepon ni..walaupon bukan iPhone Apple yg macam angah aku pakai tu...ni buatan China...SciPhone68...

aku lom abis explore lagi..memula pakai tu kekok gak..nak menaip msg punya la lambat..kena pakai pen bagai...hehehe..tp skang aku dah biasakan diri...lalalalalalal..tapi kuat makan battery tol la tepon ni...naik la bil elektrik umah aku...hahahahaha...tumpang charge kat kedai je la..boleh tak tokei kedai...WAKLU nanti dia cakap..hahahaha

Anyway trima kasih bebanyak lah kat best fren aku yang dah hadiahkan henpon yang canggih pada aku ni...hahahaha..

Jalan-jalan cari LEMAK!!!!


salam kembali..wah dah masuk bulan 7 rupanya...aku dah lama tak update blog kesayangan aku...last weekend pi Kl jalan2..dah lama tak singgah Kl..wah katanya...saje nak jumpa best fren aku...kebetulan bday dia..lepak umah abg aku kat PJ satu malam..main2 ngan anak buah kesayangan....entry aku kali ni lain skit..saje nak share apa yang aku makan sepanjang berada di Kl aritu....memang berlemak, kolestrol, manis, semua la...penuh emosi makan tau..bukan tahap makan dah tahap melahap ni....makan tak ingat selama 3 hari....



secret recipe ~ Strawberry Marshmellow Cheese..(faveret aku)


secret recipe ~ Pecan Butterscotch....sedap gak



secret recipe ~ Black Forest (paling2 aku suka)


secret recipe ~ Chocolate Indulgence..yummy

yang atas tu semua pencuci molot la kekdahnya..hahaha..manis2 belaka..ok kita pi ke set makanan lain plak....korang jamu mata je la ye....


red box SOGO ~ sup kaki ayam..aku tak makan ye kaki tu..makan sup je...


red box SOGO ~ nama dia lebih kurang Linguini with mushroom...sedap sgt...


red box SOGO ~ Nasi goreng kailan ngan ayam goreng..sambil nyanyi mantap kan teknik nyanyian dengan makan..hahahaha..percayalah semua lagu high note je pilih..hahaha

baiklah kita ke menu seterusnya....chinese style plak kekdahnya...ambik ko..makan hati maria tunku sabri tgk..kalah program JJCM kan..hahahaha


SOGO foodcourt ~ wantan mee


SOGO foodcourt ~kuey tiow Kung Fu




ni makan masa celebrate bday ..laksa, roti john, A&W root beer, A&W curly fries....

moh kita jamu mata ngan menu bekpes plak yer...hehehe


McD KL Sentral ~ big brekpes set




Mamak @ Masjid Jamek ~ Roti telur & Roti Sardin

ni plak pelbagai menu LUNCH dan minum petang...hahahahaha..tak mau kalah..



KLCC foodcourt ~ Spagetti Bolognise


KLCC foodcourt ~ Americano Pizza..the best!!!


KLCC burger King ~ Whooper burger....


BTS ~ minum petang meriah tul.....


KFC Kl sentral ~ puas hati dpt makan TOASTED POCKETFUL.....yummy!!

tapi menu yg paling best sekali mestilah air tangan aku sendiri..yang aku wat masa kau sampai kat umah abg aku ...pi dapur cari meggi...ada chicken ball, mix vege....TADAAAAA!!!!!
sentap terus makan ni..special made at Gasing Indah , PJ...hahahaha