Friday, April 22, 2011

Photoshoot


Salam,

cakkkkkk!!!!!!..udah lama teman idak menyinggah sini. sibuk skit ngan final exam. arini takde exam bley la update apa yg perlu. so amacam semua. harap sihat walafiat. ni teman nak share skit gambo2 photoshoot teman ngan dua orang jurugambar hari cuti keputeraan Sultan Perak 19 April lepas. teman yang cadang nak buat konsep bruno mars dengan topi dan gitar. hehehe..jadi tak...bole la..perasan la kejap bruno mars walaupon teman idak pandai main gitar. hanya semata-mata sebagai props. Terima kasih lah pada Kak su yang dah ajak outing aritu dan juga kenalkan teman pada jurugambar amatur yusri @ matahari. ok la tambah gak kenalan teman dalam dunia fotografi ni. walau amatur sekali pon teknik dia ambik gambo kira boleh dipuji. thanks lagi sekali. bertempat di pekan lama(old town) di Ipoh dan juga taman jepun. so enjoy. 

teman idak sabo nak sambut bday esuk..hahaha..dah tua2 ni tak sedar diri lagi.hahaha

ok chow, 

Salam Jumaat










Adie

Monday, April 04, 2011

Pergi Tak kembali





Assalamualaikum warahmatullah...

bertemu kembali. hari ni 4 April 2011 genap 6 hari umi meninggalkan kita semua. teman kuatkan juga untuk mengupdate blog ni walaupon rasa berat sangat hati ni. teman masih bersedih dengan pemergian Umi ke rahmatullah tanggal 29 march 2011 jam 7.40 pagi di HUKM.

mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan solehah. Amin.

Rasa macam baru semalam teman mengucup dahi Umi, mengurut badan Umi, bancuh milo untuk umi. kurang lebih 3 bulan Umi di jaga rapi oleh teman. setiap hari teman berdoa agar niat teman nak jaga Umi tanpa rasa jemu di berkati Allah. walaupun kadang2 terasa penat tapi teman tolak ketepi mengenangkan Umi dah jaga teman sejak dalam kandungan sehingga teman dah berjaya walaupon belum sepenuhnya berjaya macam adik beradik yang lain.

Teman tak sempat nak gembirakan umi dengan sebuah perkahwinan dan juga cucu. maafkan madir Umi.Madir janji jadi anak yg terbaik dan dipertemukan jodoh yang baik juga...Insyallah.


Alhamdulillah..teman dapat sama2 adik beradik lain menguruskan jenazah Umi dengan sempurna. Pengalaman memandikan jenazah umi sangat sayu dan tak tergambarkan. Betul lah kata bahawa Syurga Itu Ditelapak kaki Ibu.

Detik paling sayu apabila Umi siap dikafankan, Abah dengan rasa sayang dan sayu mengucup dahi umi, sempat Abah mencuit kedua2 belah pipi umi. nampak seperti bergurau. Teman memang tak tahan sangat bila menatap wajah abah. Terkesan saari ni. air mata ni senang nak jatuh bila cerita detik tu.

Harapnya Abah tabah menghadapi dugaan dan kehidupan tanpa seorang isteri yang disayangi dan telah bersama lebih dari 30 tahun.Madir dan adik beradik lain berjanji akan menjaga abah dengan penuh perhatian. Insyallah. 

Al- Fatihah.......


Adie

UMI


Adie