Thursday, August 04, 2011

Tarawikh di mana?

Salam

kembali lagi teman malam ni, bertemankan kesejukan hujan diluar. Alhamdulillah setelah sekian lama Bandar Ipoh tidak dilimpahi hujan, akhirnya malam ni basah jugak halaman rumah teman. :)

Amacam Tarawikh malam ke-4..masih berjaya melaksanakannya tanpa gagal?? Alhamdulillah kalau semua berjaya. Diharapkan semangat yang sama untuk malam2 seterusnya. Semoga mendapat keberkatan.



Hari ni tercapai jugak hajat teman nak solat tarawikh di Masjid Negeri, Ipoh , Perak. Alhamdulillah diberikan kesempatan. Teman akui solat disini ketenangan yang dirasai sangat lain. Dengan latar belakang warna hijau yang cukup mendamaikan. Tiada bunyi bising dentuman mercun yang bingit oleh budak2 nakal diluar seperti masjid di rumah teman ni saban malam. geram pon ada. Terasa kusyuk teman solat malam ni. Insyallah.

Harapnya solat teman malam ke-4 ni diterima oleh Allah. Insyallah.

Selepas ni nak cuba mengerjakan solat tarawikh di Masjid Hospital Tuanku Bainun yang juga di gelar 'masjid biru'. teman pun kurang pasti mengapa depa gelarkan masjid tu masjid biru, sebab suasana dalam masjid tu sebar putih bersih. Mungkin juga disebabkan kubah masjid yg unik itu bewarna biru. Nanti teman nak ambil gambar untuk tatapan kome semua.

Alhamdulillah juga hari ni teman dapat lagi berbuka secara sederhana. Amin.

Cukup dulu untuk malam ni...kita berjumpa untuk malam esuk ..Insyallah...Hujan di luar masih lagi rancak..malam ni dapatlah teman tidur dalam suasana nyaman..harapnya jangan terlajak la tidur teman sampai mengganggu waktu sahur teman... :)

Selamat Malam kome semua ;)...jaga diri bebaik...niat jangan lupa!!!

Adie

No comments:

Post a Comment