Thursday, August 04, 2011

1 Hari, 1 Juadah

 Selamat malam,

cepat rasanya masa berlalu, dah masuk hari ke-4 berpuasa ye?...Ok tak tarawikh tadi. buat penuh ke sekadar 8 rakaat. Berapa rakaat sekalipun janji kome semua ikhlas dan kusyuk hendaknya. Insyallah.Amin.

Cuaca malam ni sepoi2 bahasa je diluar..dengan angin malam yang sejuk sebab baru lepas hujan waktu Isyak tadi. Dah 2 hari hujan malam ye. Alhamdulillah la, siang dah panas terik malam sejuk la pulak.

Alhamdulillah hari ni teman berkesempatan menyediakan juadah berbuka lagi. senang dan mudah. Teman sekarang ni proses untuk mengelakkan dari pergi ke Bazar Ramadhan secara kerap. kalau boleh tetiap hari teman nak masak sendiri. Insyallah.

Konsepnya 1 hari, 1 Juadah berbuka, kan best dengar mcm tu. Boleh mengelakkan pembaziran. Dan paling penting boleh jugak menjaga poket dan jugak menjaga perut...hehehehe...

Petang tadi teman cuba2 buat 'pai ayam'. Dah lama berangan nak buat sendiri makanan ni. Akhirnya petang tadi berjaya jugak untuk kali pertama. Resepi semua teman ambil di internet. Mudah kan?? Teman pun cuba dan jaya jugak ni. Ye la takut gak tak menjadi, teman buat dalam kuantiti yang sedikit. 6 ketul. Jadilah di rumah ni teman berdua ngan abah je. Berbuka tadi makan 2 biji pun dah kenyang sangat.
 
Teman main campak2 je bahan untuk menyediakan pai ayam ni..tapi masih ikut sukatan dalam resepi tu. Alhamdulillah boleh dikatakan teman berjaya jugak lah sebab ini kali pertama. Hasil yang memuaskan. Teman bakor guna acuan muffin je..hahahaha

Memasak ni satu terapi bagi teman. Ye la teman ni jenis suka makan dan jenis suka masak. So tak kisah sangat. Lagi satu jugak teman ni jenis suka 'improvise' sesuatu benda...hehehehe..baru la best...so tengok je lah gambar dibawah hasil pertama teman buat pai ayam...lembut dan rangup doh nya..inti dalam boleh di perbaiki sebab puasa teman main agak je nak letak garam dan perisa lain. Tapi yang paling penting semua masakan teman takkan ada MSG...itu benda larangan dalam masakan teman...hehehe...tu sebab makan kat luar kena waspada ngan 'pak aji'  (MSG) tu...hehehe



salam, sampai ketemu lagi dan selamat bersahur. 
mode : masih teruja dapat hasilkan pai ayam..bangga sangat...hehehe


Adie

3 comments:

  1. leha : ambik je resepi di myresepi.com

    ReplyDelete
  2. mcm sedap ja..hanim pun slalu jgk amik resepi kat c2..nk cuba la nnt..

    ReplyDelete