Wednesday, August 03, 2011

Kurma @ Tamar

Salam

udah masuk waktu lunch ye kome?..eh bebulan puasa ni ada ke guna terma lunch???? hahaha..boleh je kan..janji perut tidak diisi dengan apa jua makanan sekali pun buah kurma yang teman nak cerita ni.

Ada kelapangan di waktu 'lunch' ni boleh la teman update blog...biasalah teman puasa ni dah tak masuk FB sana tu...aje nye malas...hehehe..nanti leka.

Di rumah kome semua pasti ada buah kurma kan bulan2 puasa ni. Makanan wajib la katakan. selain bulan puasa pun mesti ada simpan stok satu kotak di bulan2 lain. rumah teman ni ada 2 jenis kurma. Alhamdulillah la adik beradik teman balik ipoh aritu ada deme belikan. Maka boleh la pilih yang mana satu pilihan hati.


Teman paling suka yang jenama Yusuf Taiyoob siap ada tangkai sekali tu...sedap sangat..terlagi2 makan.



jenis yang ni lebih basah skit dan ia bermadu. lagi manis dari yang lagi satu. 

moh teman nak cerita skit pasai khasiat buah kurma bagi yang tak tahu tu..teman pun sambil berblog sambil membaca artikel2 dalam internet ni...apa orang kata sharing is caring...kekdahnya ye...bawah ni sumber yang teman perolehi dari  

http://warmfuzzy.wordpress.com/2007/08/26/khasiat-buah-kurma/

1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
 “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

ok selamat beramal...misi teman hari ni nak berbuka puasa dan bertarawikh di Masjid Negeri Perak...tak pernah rasa berbuka dan bertarawikh di sana...Insyallah... :)

Adie

No comments:

Post a Comment