Monday, April 04, 2011

Pergi Tak kembali





Assalamualaikum warahmatullah...

bertemu kembali. hari ni 4 April 2011 genap 6 hari umi meninggalkan kita semua. teman kuatkan juga untuk mengupdate blog ni walaupon rasa berat sangat hati ni. teman masih bersedih dengan pemergian Umi ke rahmatullah tanggal 29 march 2011 jam 7.40 pagi di HUKM.

mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan solehah. Amin.

Rasa macam baru semalam teman mengucup dahi Umi, mengurut badan Umi, bancuh milo untuk umi. kurang lebih 3 bulan Umi di jaga rapi oleh teman. setiap hari teman berdoa agar niat teman nak jaga Umi tanpa rasa jemu di berkati Allah. walaupun kadang2 terasa penat tapi teman tolak ketepi mengenangkan Umi dah jaga teman sejak dalam kandungan sehingga teman dah berjaya walaupon belum sepenuhnya berjaya macam adik beradik yang lain.

Teman tak sempat nak gembirakan umi dengan sebuah perkahwinan dan juga cucu. maafkan madir Umi.Madir janji jadi anak yg terbaik dan dipertemukan jodoh yang baik juga...Insyallah.


Alhamdulillah..teman dapat sama2 adik beradik lain menguruskan jenazah Umi dengan sempurna. Pengalaman memandikan jenazah umi sangat sayu dan tak tergambarkan. Betul lah kata bahawa Syurga Itu Ditelapak kaki Ibu.

Detik paling sayu apabila Umi siap dikafankan, Abah dengan rasa sayang dan sayu mengucup dahi umi, sempat Abah mencuit kedua2 belah pipi umi. nampak seperti bergurau. Teman memang tak tahan sangat bila menatap wajah abah. Terkesan saari ni. air mata ni senang nak jatuh bila cerita detik tu.

Harapnya Abah tabah menghadapi dugaan dan kehidupan tanpa seorang isteri yang disayangi dan telah bersama lebih dari 30 tahun.Madir dan adik beradik lain berjanji akan menjaga abah dengan penuh perhatian. Insyallah. 

Al- Fatihah.......


Adie

3 comments:

  1. sabar madir...semoga umi dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. slam takziah..semoga umi abg adi ditempatkan bersama orang2 beriman di sisi-Nya..Aminn..

    ReplyDelete
  3. Takziah Adie. Dari post ni Nawal tahu Adie ni tabah orangnya. Otherwise you won't be writing this post right? Insyallah.. bila semua dibangkitkan kelak, kita akan bertemu semula dengan orang kesayangan kita. you're a good man Adie. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Aminn.

    ReplyDelete