Wednesday, July 14, 2010

Tips Kesihatan : Jogging



Salam semua…. lately aku dah buat balik aktiviti yang aku selalu buat iaitu jogging..dah lama tinggal sebenarnya..on off je..so skang ni aku rajinkan diri jogging pagi petag..hehehe…lagipon bulan depan dah masuk bulan puasa..so aktiviti bersukan dah terhad…masa ni la nak buat …so orang semua tau jogging kan..lari kuar peluh….untuk sihatkan badan dan tak kurang jugak nak kuruskan badan mana yang sedar badan tu dah bertambah lemak sana sini…tapi jogging bukan sekadar berlari dan kuar peluh je…jogging pon kena ada ILMU jugak…. Kenapa aku cakap kena ada ILMU..meh aku kongsikan skit fakta yang aku dapat dari pembacaan..jogging ni ada BAIK dan BAHAYA nya juga…korang mesti terkejut kan aku cakap jogging merbahaya….jika cara nya tak betul….aku nak kongsi yang BAHAYA dulu

Bagaimana Jogging boleh merossakan kesihatan korang


1. Jika korang jogging di jalanraya, ia boleh menghadapi risiko dilanggar, sekarang ni segelintir orang yang suka off-track bila jogging..guna jalanraya yang banyak kenderaan. So, elakkan berjogging di kawasan banyak kenderaan.

2. Berjogging di jalan bengkang bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan. Salah satu kaki akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi mengalami kekejangan.

3. Jangan berlari jika terasa sakit.Anggota badan yang sakit adalah tanda bahawa korang kena BERHENTI. Jika korang lari jugak korang akan mengalami kerosakan anggota yang kekal atau menemui ajal…aiyooo takut plak dengar kan.

4. Berlari boleh menyebabkan korang ketagih. Apabila korang berlari , tubuh akan mengeluarkan sejenis hormone yang dikenali sebagai endorphin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila berhenti seketika akan membuatkan korang ketagih…(ada betulnya jugak..aku pon kekadang ketagih nak lari..hahaha)

5. Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung. (lari2 anak sudah la..janji berlari kan…)




Korang jangan risau jogging ada jugak kebaikan dia…mestilah kan untuk kesihatan…



1. Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan degupan jantung. Jogging juga wajar dijadikan senaman yang perlu oleh korang.

2. Sistem pernafasan korang dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian BETUL, korang perlu belajar bernafas.

3. Jika korang terlalu gemuk, korang boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

4. Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

5. Dengan memperuntukkan 1-2 jam seminggu untuk berjogging boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari.

4 comments:

  1. saya setuju n suke entry anda kali ne...mmg betoi,kalo jogging yg salah akn myebabkan kekejangan di kaki, (*_*)

    ReplyDelete
  2. makasih2...biasalah selalu jogging main lari je tak tau baik buruk kan....tau nak hasil je kan..padahal baru sekali jogging dah puas hati..hahahah

    ReplyDelete
  3. hehehe,aii perli nampak...nk tambah skit ayat entry ne,jogging bukan tok kurus tp tok kesihatan...

    ReplyDelete