Thursday, July 29, 2010

Imam Muda.....


Salam,

kali ni aku nak update skit pasal satu program realiti terbaru terbitan Astro Oasis. Rancangan ni lain dari program realiti yg sedia ada dan juga unik...sebab apa aku ckp mcm tu...sebab dia bukan mempetaruhkan bakat nyanyian , mahupun menari mahupon masak memasak....Program ni di panggil Imam Muda.

Di awal sessi ujibakat dulu aku pernah berkata...Astro ni wujudkan rancangan ni hanya untuk keuntungan dan juga sekadar tujuan komersial...agak sinikal pandangan aku tu kan...heheh..yerla aku telah dilambakkan dengan program realiti hiburan semata2 sebelum ni...so aku sedikit bias dengan keadaan semasa.

bermula la rancangan ni sejak Mei lepas...aku mcm buat endah tak endah...hanya baca artikel dalam suratkhabar mahupun di internet..hanya menjenguk je...tak terlintas nak tgk...hehehe..tipikal org sekrang kalu rancangan berbentuk agama skit bagi sambutan yang dingin.....mcm2 komen yang aku baca dalam internet...ada PRO dan KONTRA. program kat Tv pon aku rasa pernah tgk sekali je itupon tak tgk habis....hehehehe

tapi minggu lepas..ntah mcm mana aku berminat nak tengok 'FENOMENA' Imam Muda ni mcm mana kan....pas Isyak duk depan Tv ngan umi layan rancangan setiap jumaat tu....tengok sampai habis..Alhamdulillah apa yang aku boleh komen...program ni sgt berilmiah dan sgt menginsafkan...tugasan minggu lepas lawatan ke rumah warga emas....cukup tersentuh hati aku bila tengok calon2 Imam Muda ni handle tugasan depa....(dalam hati berkata...ruginya aku tak tengok dari mula rancangan ni...sgt menyesal....)...ye la bari nak tgk dah minggu ke-9..huhuhuhu..minggu ni dah final.

Alhamdulillah start dari Isnin baru ni Astro duk ulang balik dari episod mula....seronok sgt aku dapat tgk dari mula...dari 10 calon sampai la skang ni tinggal 2 orang...tapi serius aku tgk rancangan ni sejak episod ulangan mula sampai la yg minggu lepas setiap episod aku tersentuh..paling tersentuh masa episod pi umah anak2 yatim...senang btul aku nangis...huhuhu..tak tipu tapi memang btul..aku dgr umi aku pon sebak....aku cover2 la gak kan ngan umi aku..hehehehe...aku rasa berbaloi untuk aku menangis tgk rancangan ni dari menangis tak tentu pasal mcm bebudak tgk AF....

sejak aku tgk rancangan ni last week...aku senang btul hafal nama setiap calon Imam Muda...tak mcm Af kejap lupe kejap ingat...hehehe...ye la rancangan ni tak mcm AF yang ada peserta kita suka kita ingt nama dan yang tak gemor idak ambik kisah...tapi dengan Imam Muda ni..semua nama ingat dan peserta nya sangat menyenangkan..nama pon rancangan Ilmiah kan....meh aku sebut nama2 depa ikut peserta yang terkeluar awal....Abe Syara-Syafik-Miril-Adib-Azhar-Nuri-Aran-Taufik dan finalis 2 orang tu Hizbur dan Asyraf

muda2 belia depa ni..aku kagum sgt dengan depa ni...bila la aku nak jejak anak2 muda mcm ni...sibuk ngan hiburan kan aku ni....umur dah meningkat...hehehe......tapi apa2 pon rancangan ni patut diteruskan sampai bila2....Sampaikan rancangan ni menarik perhatian DUNIA sebab menjadi satu2 nya rancangan yang sebegini..takde kat tempat lain lagi...siap masuk BBC...orang luar datang sini semata2 nak buat liputan khas...dan dikhabarkan rancangan ni mempunyai peminat setia di luar negara dan stesen TV Luar nak ambik rancangan ni dan ditayangkan di sana....Ni yang baru btul2 boleh digelarkan "WORLD"...bukan yang sorang tu kan...heheh...patutnya mawi dan shahir AF tu serta anak2 muda lain masuk rancangan ni....tapi pokok pangkalnya nawaitu kita kan......

Malam esuk aku wajib tengok Final antara IMAM HIZBUR dan juga IMAM ASYRAF...tapi kalu ditanya pilihan aku...aku jawab kedua2nya layak seadanya..tapi kredibiliti sebagai imam aku tgk lebih kepada Imam Hizbur...yer la belajar tahfiz kat Universiti AL-Azhar.....tengok gaya dia pon sejuk je...memang muka Imam..


Imam Muda Hizbur (Baling, Kedah)


Imam muda Asyraf (Sg Gelugor, Penang)

(gambar kredit kepada : www.astro.com/imammuda)

Apa-apa pon..selamat berjaya untuk kedua2 calon Imam Muda..dan kawan2 semua mari kita tengok rancangan ni...

Amin.....

p/s : panjang lebar aku mengomen kan...mcm aku plak yang punya rancangan...ntah la excited nak bgtau.....anyway kredit untuk ASTRO atas program ni...

3 comments:

  1. rancangan ni sangat menjana minda, menambah ilmu pengetahuan, membina semangat dan menginsafkan diri.

    ReplyDelete
  2. sangat2 setuju ngan hang normy....dari tak tahu sesuatu perkara boleh jadi tau kan....terharu tgk masa yg episod anak yatim n warga emas. bangga bila tgok episod syariah suami isteri tu...siap gaduh laki bini tu...tapi bebudak imam muda ni cool je..aku bangga tul....

    ReplyDelete
  3. betul..aku dapat banyak gak pengetahuan baru dari rancangan ni. dari benda yang kita langsung tak tau, dapat juga pengetahuan sikit-sikit. at least, tak la kosong sangat dada. ada juga ilmu walaupun tgk tv.

    ReplyDelete