Monday, March 28, 2011

Newborn

Assalamualaikum

kembali lagi teman ye,

harapnya semua sihat belaka di hari isnin yang indah ni. ate amacam ngan hujung minggu kome semua.harap penuh ngan aktiviti yang menarik. Alhamdulillah hujung minggu teman sangat2 menarik dan terisi. pertama sekali teman dapat sorang lagi anak buah yang ke-6. dalam sebulan ada dua anak buah.syukur sangat.anak abang teman yang doktor tu. dijangka lahir bulan depan. tapi awal sebulan. ye la kita tak leh nak tolak dah Allah nak bagi baby keluar awal. semua tu rezeki. Alhamdulillah jugak ibu dan baby selamat. Kurang lebih jam 2 pagi, 27 Mac 2011 lahirlah seorang putera secara normal dengan berat 2.45 kg dan diberi nama MOHD AIMAN MUSTAQIM. Perancangan awal nak bersalin di HUKM, tapi dah baby nak kuar dekat2 ngan tarikh birthday ibu dia iaitu hari ni 28 Mac 2011. semua tu perancangan Allah kan.

ala tomeinya anak buah pak lang ni..tembam2..semoga cepat sihat ye aiman..tak sabar pak lang nak dukung
Dikesempatan ni jugak teman nak ucap selamat menyambut ulang tahun ke 30 buat kak zaza. semoga bertambah lagi rezeki selepas melahirkan aiman. dan buat angah teman..semoga menjadi ayah yang bertanggungjawab. dah ada anak ni amanah besar. Insyallah.

hari sabtu lepas jugak teman balik ipoh nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan spupu teman. seronok dapat berkumpul ramai2 ngan sepupu serta pakcik makcik yang memang dah lam tak bertemu sejak teman di Kl ni. macam-macam cerita di borak kome wey..hehehe..

walau belum cukup semua pentas dah penuh..hehehe

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan tema perkahwinan belah rumah lelaki warna biru.tapi teman idak pon pakai biru.hehehe. Kepada Epoy dan Anne, selamat pengantin baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat. cantik persalinan biru ilham pereka Aleng Tohara. 




Adie

No comments:

Post a Comment