Thursday, March 24, 2011

Kembali


Assalamualaikum


ya Allah lamanya teman idak masuk sini. sejak februari lepas...hehehe.apa khabar semua. masih ada lagi ke follower teman mengikuti blog teman ni. bukan apa sejak dua menjak ni sibuk menjaga urusan kesihatan Umi yang masih lagi berada dalam wad di HUKM. 


Alhamdulillah perkembangan umi ada menampakkan perubahan yang baik.Insyallah.sama2 kita doa yang terbaik. semuanya datnag dari Allah kan.


Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsi bersama. tapi semua dah lepas kan. nampak agak basi plak kalau teman nak cerita. so kita update yang terkini je la. yang lepas tu biarlah simpan menjadi memori dalam otak teman yang ntah berapa gigabyte la ye...hahahahaha


ok lah berbalik kepada cerita terkini yang teman tak sabar nak cerita. Alhamdulillah semalam jam 9.30 pagi teman mendapat msg daripada adik ipar teman yang mengatakan adik bongsu teman, shakirah telah selamat melahirkan seorang puteri. teruja betul teman dapat msg tu. sebenarnya msg tu sampai dah lambat. adik teman bersalin waktu sebenar jam 7.20 pagi tanggal 23 mac 2011, bersalin secara normal dengan berat 3.06kg. Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat.


bertambah lagi keturunan Radzuan, dan bertambah jugaklah kesayangan teman. dah masuk 5 anak buah dan bakal lahir lagi seorang bulan depan, Insyaallah.


nama diberi 'TUAN NUR DAMIA ZULAIKHA'. sedap nama tu. tuan tu diambil sempena ngan keturunan sebelah suami adik teman. ramai jugak la yang bertanya kenapa perlu ada 'tuan' di depan tu, dan kenapa bukan 'puan'..heheh itu hanya bapak nya yang boleh jawab :)


Baiklah. cukup dulu buat kali ni. terubat jugak rindu teman nak update dan berkongsi secebis cerita dalam kehidupan teman yang tak seberapa. Insyallah lepas ni teman akan selalu update. teman nak bersiap ke hospital melawat Umi dan juga adik teman yang masih ada di hospital. mungkin petang nanti keluar wad dan menjalani masa berpantang di Ipoh. 


Teman pon esuk mungkin akan kembali ke Ipoh seketika untuk memenuhi undangan perkahwinan sepupu teman. Selamat pengantin baru epoy. kita sebaya tapi jodoh mike sampai dulu ye tak..amin.


Adie

No comments:

Post a Comment