Friday, February 11, 2011

Salam Jumaat

Alhamdulillah bertemu kita lagi 

harapnya semua berada dalam keadaan yang selesa, selamat dan diberkati. 3 hari jugak la teman tak memunculkan diri dalam dunia maya ni. 

sangat cerah suasana di Seri Kembangan ni. matahari tak segan nak muncul. Amin. kembali semula teman di seri kembangan buat sekian kalinya.

Dikesempatan ni teman nak memanjatkan kesyukuran sebab majlis bacaan yasin dan solat hajat beramai2 berjalan dengan lancar. walaupun dirancang dalam masa yang singkat. Terima kasih yang tak terhingga buat pakcik jalaluddin dan makcik sabariah yang sudi memberi kami adik beradik menumpang rumah untuk majlis semalam. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Insyallah doa dan hajat kita semua di makbulkan agar Umi cepat sembuh dan diringankan penderitaannya.Amin.

Adie

No comments:

Post a Comment