Tuesday, January 04, 2011

Amalan membaca BISMILLAHIROHMANIROHIM

salam,
hari ni memang banyak masa terluang teman..tu pasal la kerap meng'update' blog ni..hehehe..takpe tak jadi masalahkan.nak kongsi dengan kome semua..semalam abah balik dari masjid dia ada bawak balik satu risalah. teman tertarik dengan risalah tu..dan rasa terpanggil untuk kongsi sama buat amalan bersama setiap hari. bawah ni teman salin balik apa yang terkandung dalam risalah tu.

  • "Wahai orang-orang beriman, sambutlah seruan ALLAH dan seruan RASUL apabila RASUL menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu" (surah An-Anfal :24)
  • "Sesungguhnya besar kesalahan dan kekecewaan yang menimpa hamba2 yang mengingkari kebenaran tidaklah datang kepada mereka seorang RASUL melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkan" (Surah Yasin : ayat 30)
Ini adalah satu amalam tambahan harian yang sangat baik untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja pada setiap hari. Ianya membawa barakah dunia dan akhirat, menambahkan rezeki, kebahagian keluarga (suami/isteri/anak) dan keberkatan hidup yang berkekalan (Amalkan dengan Ikhlas dan yakin serta berterusan). Insyallah
NAMA AMALAN :Membaca Bismillahirohmanirohim - 41 kali setiap hari

Aturan mengamalkannya :

  1. membaca Syahadah(1 kali)
  2. membaca Istighfar (3 kali)
  3. membaca surah Al-Fatihah (1 kali) - dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat handai baginda
  4. membaca surah Al-Fatihah (1 kali) - dihadiahkan kepada keluarga kita yang berada di alam barzakh
  5. membaca selawat  keatas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak (21 kali @ 41 kali)
  6. mulailah membaca Bismillahirohmanirohim - 41 kali setiap hari
INGATAN ISTIMEWA
Apabila malam Jumaat bermula dari waktu maghrib hinggalah keesokan hari sebelum tibanya waktu SOLAT JUMAAT, hendaklah berselawat keatas Nabi sebanyak 400 kali bagi menambahkan lagi keberkatan hidup di dunia dan di akhirat serta kebahagian yang berpanjangan.

Amalan Bismillahirohmanirohim 41 kali ini dipetik dari Mukadimah Kitab Zahratul-Murib
Karangan Ulamak : ALI ABDUL RAHMAN KELANTAN

Mohon dipanjangkan risalah ini kepada semua Muslimin dan Muslimat

boleh amalkan bersama. Insyallah. teman sekadar berkongsi benda yang baik.Amin
 
Adie

No comments:

Post a Comment