Tuesday, January 04, 2011

2011 muncul juga

 Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat tengahari

bertemu kembali teman dalam blog yg tak seberapa ni, rasanya masih belum terlambat teman ucap selamat tahun baru untuk semua..memandangkan sepanjang minggu lepas teman sibuk menguruskan hal2 kenduri kawen adik laki teman...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sederhana dengan izin dariNYA..amin.

semalam baru la 100% habis berkemas rumah ni..pelamin, khemah semua dah bukak. lega rasanya. boleh la teman jalani kehidupan seperti sediakala..hehehe. ralat juga sebab masa kenduri hari tu umi ngan adik pompuan teman tak dapat join..rasa lain sangat..tapi kami adik beradik tak tunjuk pada orang...majlis tetap diteruskan..terima kasih buat semua yang hadir dan telah mendoakan kesihatan yang terbaik untuk umi..amin.

Insyallah khamis yang akan datang teman akan turun ke KL, nak melawat umi lama2 skit..duk rumah adik pompuan teman di Seri Kembangan. nak luang masa dengan umi.

Adie

No comments:

Post a Comment