Monday, May 30, 2011

Lubuk Timah

Salam,

pe kabo kome semua, pejam celik dah sampai ke hujung bulan Mei. ye dak? kejap je rasa masa berlalu tahun ni. macam2 perkara terjadi dalam hidup teman. ate, kemana aje hujung minggu kome semua, harap terisi dengan aktiviti yang menyihatkan. Insyallah. 

Teman semalam walaupun kena kerja separuh hari menjaga exam untuk cikgu2 pengambilan khas, ada la jugak aktiviti yang menyegarkan dilakukan. Ingat nak balik tido je lepas koje, tapi membe ajak pergi mandi sungai. Lokasi kawasan mandi manda di Lubuk Timah, Simpang Pulai. Kira2 30 minit perjalanan dari Ipoh.

Walaupon teman ni anak jati Ipoh sejak lahir tapi inilah kali pertama teman menjejakkan kaki ke kawasan Lubuk Timah. Apakeheinye yop oooii..buat malu je kat orang luar perak dah berkali2 datang sana..hehehe..ate teman selalu kalau berkelah di Ulu Chepor je.

Alhamdulillah cuaca semalam mengizinkan walaupun kadang2 terik mentari membakar kulit teman yang sawo matang katanya..hahahaha...




Tapi apa yang teman boleh katakan, kawasan perkelahan ni menarik, siap ada kolam air panas. kebetulan dah start cuti sekolah, penuh dengan mak bapak bersama anak2. Kawasan ni jugak banyak menyimpan cerita yang kurang menarik sebab banyak kematian yang dilaporkan. itu bebudak yang mandi lepas hujan. sape suruh kan. apa2 pun teman tetap berhati-hati. 

Teman tak lepaskan peluang pergi ke puncak atas sekali iaitu kawasan tadahan air atau empangan air sungai Lubuk Timah. SubhanaAllah.....cantik sungguh ciptaan Ilahi. Kagum teman. kenapa lah teman idak pernah datang temapat ni sebelum ni. sangat best kalau buat sessi forografi. kalau buat video klip bawah air terjun tu lagi menarik.

Apa2 pun teman enjoy....hari minggu teman terisi. berbekalkan kamera henpon Nokia C3 teman ambik gambo2 ni.







teman suka beno nengok kete ni..dari jauh dah tertarik...warna kuning ...I Likeeee!!!


Adie

No comments:

Post a Comment